in ,

Cuba Guna Resepi Mudah Ayam Masak Halia Ini, Kejap Je Dah Siap!

Kebiasaannya kita akan dengar Teh Halia, tapi kali ni Ayam Masak Halia. Memang senang nak buat ni. Mana tidaknya, dah ramai orang yang cuba buat. Bukan itu sahaja tau, lepas ni tak perlu bersusah payah dah fikir nak hidang juadah apa untuk keluarga. Guna je resipi ni.

Jom Admin tunjuk.

Terima kasih Akma Abdullah untuk perkongsian resipi Ayam Masak Halia ini 🙂

Bahan-Bahan:

Halia 3 inci (Dihiris panjang)

5 biji bawang kecik (hiris)

4 ulas bawang putih ( hiris )

2 biji bawang besar ( hiris bulat )

4 sudu sos tiram

4 susdu kicap lemak manis (Atau boleh je agak untuk kuah hitam sikit )

Cili padi (Ikut selera masing2 nak pedas mana)

Lada hitam

Asam keping

Garam

Gula

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, lumurkan ayam dengan kunyit dan garam. Selepas itu, goreng.
  2. Panaskan minyak dan tumis halia serta bawang yang telah dihiris.
  3. Masukkan sos tiram dengan kicap dan masukkan air.
  4. Kalau dah mendidih masukkan ayam goreng, bawang besar, gula, asam keping, lada hitam dan garam. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Akma Abdullah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.