in , , ,

Cubalah Buat Sos Hijau Dan Sos Merah Thai Ni, Sedap Cicah Dengan Apa Saja.

Sos Hijau dan Sos Merah Thai ini memang wajib ada di dapur, gerenti bertambah selera makan, nak-nak kalau dibuat pencicah.

Macam kalau makan Miang Pla Pao, kedua-dua sos ini menyempurnakan lagi hidangan ikan siakap dan mehun. Tapi kalau nak buat sos sotong stim pun boleh. Terliur rasanya.

Terima kasih Siti Sarah Hamid atas perkongsian resipi.

 

Bahan Sos Hijau :

3 ulas Bawang putih

15 tangkai Cili padi hijau

2 sb Sos ikan

3 batang Daun ketumbar

Akar ketumbar

Garam

Gula

 

Cara :

  1. Kisar semua bahan di atas dan letakkan sedikit air dan perah asam limau.
  2. Sedia untuk dihidangkan.

 

Bahan Sos Merah :

3 ulas Bawang putih*

10 tangkai Cili padi merah*

5 tangkai Cili besar*

1 biji Tomato*

1 sk Tepung jagung

1 batang Akar ketumbar

Sedikit sos ikan

Sedikit cuka

Garam

Gula

 

Cara :

  1. Kisar semua bahan bertanda * dengan air tetapi jangan lumat sangat.
  2. Masukkan bahan kisar bersama akar ketumbar, sos ikan , cuka , garam dan gula ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  3. Kacau rata dan masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Masak sehingga pekat.

Kredit resipi & foto : Siti Sarah Hamid

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0