fbpx

Cucur Ikan Bilis Nasi. Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam

iCookAsia

Bahan :

2 cawan Tepung gandum

1 cawan Nasi yg dikisar

Segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)

1/2 biji bwg Holland atau bawang besar

Daun bawang, taugeh, kucai, cili merah(agak²)

1 biji telur

Garam

Serbuk kunyit

1 sudu teh baking powder

Air sejuk

 

Cara :

1.Campur bawang, taugeh, kucai, daun bawang, nasi, telur, ikan bilis dalam mangkuk dan kacau.

2.Selepas itu, tambah tepung dan gaul lagi.

Letak sedikit air kalau terlalu pekat.

3.Kemudian letak garam, serbuk kunyit dan baking powder secukupnya. Kacau sebati.

4.Pastikan adunan tidak cair, jika tidak cucur akan leper. Mesti pekat macam dalam gambar tau.

5.Panaskan minyak, kemudian ceduk adunan guna jari jemari je supaya senang nak dapat bentuk bulat.

6.Goreng sehingga garing dan angkat. Sedia dihidang.

*(Biasanya akak bancuh main agak² je.takde sukatan yang tepat. Terlebih atau terkurang tambah je tepung atau air cuma pastikan bancuhan kena pekat)

*Jika tak guna baking powder pun takpe janji adunan pekat.

*Kadang-kadang saya letak marjerin dalam 2 sudu besar dalam adunan dan hasil ha cucur rangup dan lembut didalam.


Sumber : https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3016055912051038/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x