in ,

Cucur Manis Stick. Bentuk Yang Tak Pernah Dibuat Orang, Confirm Sedap!

Kebiasaannya, di rumah kita akan buat cucur manis untuk sarapan atau makan petang. Dan bentuknya pula, bulat. Tapi jarang kita nampak cucur manis selain bentuk bulat kan? Tapi untuk Yus Sue, cucur manis dibuat bentuk stick. Lagi menarik untuk di makan, lebih lebih lagi untuk kanak-kanak.

Cucur Manis Stick ni, kalau ikut betul-betul bahan dan cara membuatnya, pasti hasilnya rangup di luar dan lembut di dalam. Kalau buat untuk jual ni pun boleh laku, betul tak? 🤔 Hehe…

Terima kasih Yus Sue untuk perkongsian resipi Cucur Manis Stick ini 🙂

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
4 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam

Cara Membuat:
1. Didihkan 2 cawan air bersama 4 sudu besar gula, 1 sudu besar minyak dan 1 sudu kecil garam.
2. Setelah cukup mendidih, masukkan panas-panas ke dalam bekas berisi 1 cawan tepung dan gaul sehingga sebati.
3. Selepas itu, biarkan sejuk seketika dan baru lah bentuk kan doh seperti stick.
4. Akhir sekali, goreng dengan api yang sederhana.
5. Cucur manis stick siap untuk dihidang!

Jangan lupa untuk try masak di rumah! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yus Sue (Facebook)

 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0