fbpx

Dah Ramai Cuba Resepi Tauhu Berlauk Ini, Guna Pengukus Pun Boleh Buat

iCookAsia

Siapa di sini pernah makan Tauhu Berlauk? Sedap kan? Apatah lagi dengan isi nya yang padat, digandingkan pula dengan sambal kicap padu, memang nikmat makan. Confirm tak cukup makan satu sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Jaja Noriza perkongsian resipi Tauhu Berlauk ini 🙂

Bahan-bahan:

3 keping tauhu

2 batang tauhu telur

2 biji telur

Carrot (cincang)

Daun bawang

Bawang Holland

1 keping dada ayam atau udang atau daging

Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kisar tauhu, tauhu telur, telur dan isi ayam sehingga halus.
  2. Masukkan dalam mangkuk dan isi semua bahan-bahan cincang tadi beserta garam dan lada sulah. gaul sebati.
  3. Kemudian, panaskan kukusan dan letakkan adunan dalam acuan lompang dan kukus selama 10 minit.
  4. Keluarkan tauhu tadi dan sejukkan.
  5. Akhir sekali, goreng tauhu dengan sebiji telur yang dipukul dengan sedikit garam. Goreng hingga keperangan. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Jaja Noriza(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videosIkuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x