fbpx

Dapat Buat Daging Dendeng Pun Best Juga Ni. Makan Dengan Nasi Panas Lagi Sedap!

iCookAsia

Selalu makan Daging Masak Merah kan, apa kata kali ini anda cuba buat Daging Dendeng pula. Mesti sedap ditambah pula makan dengan nasi panas. Kalau nak ratah pun boleh juga. Admin pun ikut terliur sekali ni.

Jom kita try

Terima kasih untuk Maiza Azlyn perkongsian resipi Daging Dendeng ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1/2 kg daging (Potong besar-besar)

Cara membuat:

  1. Masak air sampai menggelegak, masukkan daging dan rebus dalam 30 minit.
  2. Kemudian, keluarkan daging, hiris nipis dan tumbuk.
  3. Gaulkan daging dengan kicap manis dan kicap pekat serta perapkan dalam 15 minit.
  4. Goreng daging yang telah diperap, jangan garing dan goreng sekejap sahaja. Ketepikan.

Jangan buang air rebusan daging.

Bahan B (Sediakan Bahan Goreng):

5 ulas bawang merah (Bawang kecil, hiris)

4 ulas bawang putih (Hiris)

1 inci halia (Hiris)

Cara membuat:

  1. Goreng separuh garing semua bahan B dan ketepikan.

Bahan C (Tumis):

1 batang kayu manis

3 biji bunga lawang

1 senduk cili kering yang telah diblend (tambah kalau nak pedas)

3 ulas bawang merah (kecil, kisar)

2 ulas bawang putih (Kisar)

1 biji bawang besar (Kisar)

1 inci halia (Kisar)

Bahan Lain:

3 batang serai (Dititik)

4 helai daun limau purut (Buang urat tengah)

Kicap manis

Kicap pekat

1 asam keping saiz kecil

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak, masukkan serai, kayu manis dan bunga lawang. Tumis sekejap.
  2. Masukkan semua bahan tumis dan kisar. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan daging dan kacau. Masukkan air rebusan daging, agak-agak dalam semangkuk untuk renehkan daging.
  4. Masukkan daun limau purut dan asam keping.
  5. Seterusnya, tambahkan kicap manis dan kicap pekat, jangan banyak dan tuang sikit-sikit, takut nanti akan masin.
  6. Masak sehingga kuah sedikit pekat, masukkan bahan goreng iaitu bahan B dan masak sehingga daging betul-betul sebati dengan bahan lain. Kalau nak kuah sikit, jangan sampai pekat.
  7. Akhir sekali, perisakan. Tidak perlu letak garam sebab masin kicap sudah cukup. Boleh adjust di situ.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Maiza Azlyn(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x