fbpx

Dapat Makan Ayam Kam Heong Pun Sedap Ni. Mudah Dan Tidak Perlukan Bahan Yang Banyak Pun!

iCookAsia

Teringin makan Ayam Masak Kam Heong? Guna resepi ini, sangat mudah dan hanya menggunakan bahan yang mudah sahaja tau. Confirm tambah nasi ni, sedap dan memang menyelerakan. Admin tengok pun terliur hehe.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Ameera perkongsian resipi Ayam Kam Heong ini 🙂

Bahan-bahan:

Ayam

Garam

Kunyit

2 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

5 tangkai daun kari

2 sudu besar rempah ayam

3 biji cili padi (Belah dua)

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap manis

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, panaskan minyak. Ayam digoreng terlebih dahulu. Letak garam dan kunyit.
  2. Kemudian, pakai minyak goreng ayam tadi sahaja. Jika banyak buang sikit, tumiskan bawang besar, bawang putih, daun kari, tumiskan semua bahan tersebut.
  3. Apabila sudah agak masak bawang itu, terus masukkan rempah ayam. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Jika sudah pecah minyak, ambil cili padi. Kalau nak pedas, boleh letak banyak.
  5. Masukkan sos cili.
  6. Seterusnya, masukkan sos tiram.
  7. Masukkan kicap manis pula. Gaul rata. Pastikan api tidak kuat, api perlahan sahaja.
  8. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ameera(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x