fbpx

Dapat Minum Air Kelapa Lemon Madu Sedap Juga Ni. Bagus Untuk Kesihatan Tubuh Badan Kita

iCookAsia

Minum air kelapa sahaja pun dah best. Dapat hilangkan dahaga. Apatah lagi kalau Air Kelapa Lemon Madu, memang kombinasi yang bagus. Bukan itu sahaja, banyak khasiat yang diperolehi daripada minuman ni.

Jom kita try buat.

Terima kasih Mohamad Arymin untuk perkongsian khasiat Air Kelapa Lemon Madu ini 🙂

Bahan-Bahan:

1 biji kelapa muda (Tak kisah ada isi atau tak)

3-4 hiris lemon

2 sudu madu asli

Ais secukupnya

1/2 sudu kecil garam (Optional)

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, masukkan madu, lemon dan garam ke dalam air kelapa.
  2. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan beberapa ketul ais.
  4. Kalau pilih kelapa muda yang ada isi, boleh minum sambil makan isinya sekali.

Khasiat Air Kelapa Lemon Madu:

  1. Untuk pengetahuan anda semua, air kelapa mampu menurunkan tekanan darah, sakit kepala atau pening.
  2. Buah Lemon pula kaya dengan Vitamin C, sejenis antioksidan yang boleh membantu tubuh badan untuk melawan penyakit.
  3. Seterusnya, madu pula menguatkan sistem imun badan.

Sambil menikmati minuman ini, dapat khasiat nya sekali. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mohamad Arymin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x