in , , ,

Dessert Ala Cha Bang Ang. Patutlah Viral, Sedap Betul. Rugi Kalau Tak Cuba.

Cha Bang Ang merupakan dessert Thailand yang cukup viral dan dapat melegakan tekak yang sedang kehausan. Cara membuatnya sangat mudah, malah dengan hanya bermodalkan RM15, dapat menjamu 10 orang untuk menikmatinya.

Terima kasih Maya Miera atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

1 cawan Susu kotak full cream

1 tin Susu cair

1 tin Susu pekat

1/2 paket Biji selasih

1 tiub Cincau

2 sb Air gula merah

1 sk Esen vanilla

Secubit garam

Ais kiub secukupnya

Cara :

  1. Masak susu cair, susu pekat, esen vanilla dan secubit garam sebentar sehingga suam dan bahan-bahan sebati.
  2. Potong cincau, rendam setengah pek biji selasih dengan air biasa. Apabila sudah kembang, tapis dan basuh.
  3. Satukan semua bahan. Sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto : Maya Miera

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0