fbpx

Dodol Kukus. Makan Dengan Tahi Minyak. Sedap Yakmat. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Kalau tak mahu leceh nak kena selalu kacau dodol, buatlah cara kukus seperti resipi yang dikongsikan ini. Untuk tahi minyak pula, caranya ialah dengan memasak santan sehingga menjadi tahi minyak. Sesuai juga dimakan bersama kuih koleh kacang atau koleh beras.

“Kuih tradisional Pahang, dodol kukus 😋.

Buat sendiri boleh la letak taik minyak banyak2.. popaleh sedak yakmat koi ngaborkan!!”

 

Bahan :

2 cwn tepung pulut

2 sb tepung gandum

2 sb tepung pulut hitam

1 cawan gula merah + setengah cawan gula dimasak bersama secawan air. Kalau tak suka manis, kurangkan gulanya.

 

Cara :

1. Bancuh semua bahan. Jika pekat sangat, tambahkan sedikit air.

2. Panaskan pengukus. Layur daun pisang dan sapukan minyak.

3. Ambul satu senduk adunan dan tuangkan di atas daun pisang tadi dan kukus.

4. Untuk dapatkan tahi minyak, masak santan pekat daripada sebiji kelapa bersama sedikit garam sehingga menjadi tahi minyak.

Sumber : Lina Nurdin

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x