fbpx

Donut Guna Kuning Telur Sahaja. Yang Penting Tetap Gebu Dan Lembut. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Ramai yang sukakan donut, namun ramai yang cuba membuatnya tetapi hampa. Resipi kali ini agak istimewa kerana tidak menggunakan telur putih, sebaliknya hanya menggunakan telur kuning. Namun hasilnya tetap gebu dan lembut.

“Assalammualaikum..Hai uolls selamat pagi..hari ni kak llyna share cara2 mudah utk buat donut hanya menggunakan kuning telur sahaja..sebab ada org x suka putih telur..yg penting donut kita tetap gebus..lembut..dan sedap di makan begitu sahaja.

Selamat mencuba uolls..ikhlas dari kak llyna utk hampa yg pernah belajar buat donut tp tak menjadi..kali ni mesti jadi..x jadi habaq mai.”

Sedikit tips, jika doh masih melekat di tangan, tambahkan tepung sedikit sehingga doh tidak melekat. Pemilik resipi menggunakan tepung cap kompang untuk doh cepat naik dua kali ganda. Namun tepung biasa pun tiada masalah.

Mengikut resipi ini, satu adunan boleh dapat lebih kurang 30 biji donut bersaiz kecil.

Cara :

1. Campurkan yis ke dalam air suam dan tunggu sehingga berbuih.

2. Masukkan yis ke dalam bekas, kemudian masukkan susu segar, telur kuning, marjerin, gula, susu tepung, garam dan gaul sebati.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.

4. Kemudian uli sehingga doh tidak melekat di tangan.

5. Tutup dan rehatkan selama 30 minit. Selepas 30 minit doh akan mengembang naik dua kali ganda.

6. Tumbuk-tumbuk doh bagi mengeluarkan angin.

7. Kemudian boleh tekap menggunakan acuan donut. Rehatkan lagi sehingga donut kembang.

8. Apabila sudah kembang, boleh mula menggoreng gunakan api kecil.

9. Sudah siap, boleh salutkan donut dengan gula halus.

Sumber : Rosallyna Roselle‎

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x