fbpx

Donut Pandan Santan. Rasa Berlemak Dan Cukup Enak.

iCookAsia

Donut dengan padanan santan dan pandan, memang terbaik kalau dapat menikmatinya kan. Aroma pandan menaikkan lagi selera dan santan digunakan bagi melemakkan lagi rasa donut.

Jom cuba resipi perkongsian Earney Atyesha ni. Resipi ini boleh menggunakan mixer, uli tangan ataupun breadmaker. Terpulang kepada kesesuaian masing-masing.

 

Bahan kering :

350 gram Tepung high protein

150 gram Tepung gandum

2 sudu besar Serbuk santan – boleh ganti dengan susu tepung

10 gram Ragi/yis

80 gram Gula halus

 

Bahan basah:

50 gram Santan pekat kotak

1 biji Telur – gred A

90 gram Air sejuk

1 sudu kecil pewarna hijau

110 gram Jus pandan

10 helai daun pandan matang (warna hijau gelap)

* Daun pandan dikisar bersama 100 gram air sejuk. Kemudian tapis dan ambil airnya. Jika tiada daun pandan, boleh gunakan 2 sudu kecil Pandan Emulco dicampurkan bersama 100 gram air sejuk.

 

Bahan lemak:

80 gram butter/marjerin

 

Nisbah Air :

  1. Nisbah air santan tadi dalam 110 gram atau lebih kurang = campuran 50 gram santan pekat dan 90 gram air sejuk.
  2. Pastikan jumlah keseluruhan cecair ialah 250 gram.
  3. Jika gunakan semua tepung gandum maka sesuaikan atau tambah sedikit jumlah cecair.
  4. Jika menggunakan tepung high protein, sila perhatikan,perlu masukkan semua jumlah cecair 250 gram atau tidak.
  5. Jika mengikut resepi ini, tidak perlu mengubah apa-apa resipi.

 

Cara uli tangan:

  1. Gaulkan semua bahan kering dahulu, kemudian masukkan cecair sedikit demi sedikit.
  2. Uli sehingga doh tidak melekat pada Selepas itu masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli macam tengah basuh baju dekat tepi sungai.
  3. Pastikan doh elastik dan licin.

 

Cara uli breadmaker:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekan butang *DOUGH*.
  2. Pastikan doh elastik dan licin.

 

Cara uli mixer:

  1. Masukkan semua bahan kering dan bahan basah bersama dan mixer sehingga doh menjadi licin sedikit. Selepas itu baru masukkan
  2. Pastikan doh elastik dan licin.

 

Proses seterusnya :

  1. Selepas doh siap diuli, rehatkan doh selama sejam atau sehingga doh naik dua kali ganda.
  2. Rounding 30 gram.
  3. Selepas itu, rehatkan lagi sehingga naik sedikit. Kemudian tekan dan bulatkan di bahagian tengah.
  4. Goreng dan golekkan dengan gula.

Kredit resipi & foto : Earney Atyesha

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x