in

Resipi Kek Durian untuk Pencinta Durian!

Untuk pencinta durian, anda pasti akan menyukai ini! Rasa durian yang sempurna dicampurkan dalam resipi kek yang mudah ini. Cubalah!

Bahan-bahan:
125g mentega
100g gula halus
125g tepung gandum
3 telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
50g isi durian yang dilecek

Cara membuat:
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, satu demi satu.
3. Masukkan esen vanilla dan kacau.
4. Seterusnya, masukkan serbuk penaik, soda bikarbonat dan tepung gandum.
5. Masukkan isi durian dan gaul sebati bersama adunan.
6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 45 minit.
7. Kek Durian siap untuk di hidang!

 

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0