in ,

Edisi Niaga, Sandwich Tuna Telur. Resepi Simple Tapi Sedap.

Siapa sahaja yang tidak suka dengan hidangan sandwich ini. Lebih-lebih lagi sandwich telur dan tuna. Tapi pernahkan anda cuba untuk campurkan kedua-dua bahan ini?

Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau kongsikan resepi Sandwich yang simple tapi sedap. Memang sesuai sangat cara hidangan ini untuk majlis keramaian. Dah mahir, boleh la buat jualan kecil-kecilan. Jom cuba!

Terima kasih Fatimah Saari untuk perkongsian resipi Sandwich ini 🙂

Bahan-bahan:

1 pek roti gardenia 

Butter

3 biji telur rebus (lenyek)

Mayonis 4-5 sudu makan

2 tin Tuna (Ayam Brand) 

1 biji bawang besar

Tomato  

4-5 keping Cheese 

1/2 bji lemon 

1/2 sudu serbuk lada hitam

Cara penyediaan:

  1. Rebus telur dan lenyekkan.
  2. Selepas itu, masukkan tuna dan bawang yang telah dipotong dadu, serbuk lada, perahan lemon dan mayonis. Gaul sebati. 
  3. Sapu roti dengan butter dan kemudian, letakkan cheese, tomato slice dan tuna. 
  4. Lapik roti pada atas permukaan dan potong 4 guna pisau tajam. Susun kemas. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fatimah Saari (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.