in ,

EKO KAMPUNG CULINARY 2016 : Peraduan Recipe & Masakan

Eko Kampung Cuisuine 2016 telah diadakan pada pada 27 Ogos 2016 bertempat di Eco Ponies Garden, Lamunin , Tutong dengan tema resipi berasaskan bunga dan herba tempatan.

Tetamu Kehormat Yang Mulia Awang Wardi bin Hj Mohammad Ali, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Beliau juga telah melancarkan Laman Web iCook Asia Brunei. Laman iCook Asia adalah video No.1 dalam saluran resipi di Malaysia kini melebarkan sayapnya ke Negara Brunei Darussalam, dengan melancarkan iCookAsia Brunei yang boleh dilayari di www.icookasia.com/bn bertujuan untuk mempromosikan makanan Brunei tempatan, dan untuk menjadi hab bagi tukang masak, tukang masak, pencinta makanan, YouTube, dan penulis blog khas untuk penduduk di Negara Brunei Darussalam.

Dalam pertunjukkan Demo masakan, seramai 5 CHEF telah menunjukkan resipi dan seorang tetamu jemputan; mereka ialah:


1) Chef Dr Shahrim yang dijemput khas dari Malaysia, dengan mengunakan herba-herba dan bunga beliau mengenalkan resipi Nasi Kerabu Nyonya Beliau juga adalah ketua juri bagi Peraduan Masakan.

2) Chef Rezal, Ketua Chef Rizqun International Hotel dibantu oleh Chef Shahrul telah memberi 2 resipi ; Kueh Keria dan Pengat Ubi Kayu

 

3) Chef Seri dibantu oleh Chef Syokrin telah menyediakan Tart Rambutan dan Durian Puff.


4) Pengarah Besar RBC Sdn Bhd, Awg Ahmad Husaini Hassan juga telah menunjukkan satu resipi secara spontan; Kerabu Jantung Pisang dan Pucuk Paku bersama Air Kelapa.

 Kami berasa berbangga dapat menengahkan kepada orang ramai mengenai herba-herba yang berupa BUNGA yang boleh dimakan, yang terdapat disekeliling tempat kediaman kita dan juga yang masih belum diterokai di hutan kita khususnya. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat menyedarkan orang ramai untuk memelihara khazanah hutan kita agar generasi masa depan akan dapat menikmati dan mengenali kegunaan buah buahan tempatan dan juga bunga dari hutan yang terdapat di negara ini.

Menambahkan bahan bunga yang boleh dimakan (edible flowers) dalam masakan kita seharian adalah cara yang baik, selain dari khasiatnya, ia menambah warna dan rasa, dan menambahkan kreativiti kita semasa menyediakan penyajiannya.

Bunga bunga yang boleh dimakan kebanyakannya adalah jenis jenis herba-herba yang mempunyai khasiat kesihatan setanding dengan jenis buahan dan daunan yang dapat digunakan sebagai bahan masakan; seperti :
• Mengandung bahan antioksidan seperti likopen yang bermanfaat untuk memerangi kanker seperti kanker prostat, kanker serviks, kanker lambung dan kanker esophagus.
• Mengandung vitamin C, kalium, vitamin A dan zat besi yang penting untuk mendukung sistem saraf yang sehat dan mengontrol sistem pendarahan dalam tubuh.
• Kandungan likopen dalam tomat juga sangat baik untuk melindungi fungsi hati dan menurunkan kolesterol

 

Bunga papaya, bunga melati, bunga kantan, bunga rosella, biji bunga matahari, daun mengkudu, daun bawang, bawang putih, labu, mangga, daun pegaga adalah antara bunga, buah dan daun yang mempunyai khasiat yang disebutkan di atas.
Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk melihat kelopak bunga digunakan dalam salad, teh , dan sebagai hiasan untuk pencuci mulut yang memberi inspirasi.

 

PEMENANG PERADUAN RESIPI

kategori A) Sup & Salads

1) Filah Amin: Lentil dengan buah nangka, lemon, basil infuse


2) Hjh Norjanah: Kerabu umbut

3) Datin Hjh Shireen: Kangkung tumis bunga papaya

 

kategori B) Hidangan Utama

1) Datin Hjh Shireen: Bafa

2) Hj Faizul: Ayam Masak Kedayan

3) Siti Aishah Abdullah: Udang masak kunyit mentega

kategori C ) Pencuci Mulut & Minuman

1) Datin Hjh Shireen: Karamunting jam

2) Filah Amin: Choc mouse dgn rose dan aniseed

3) Indonesian Chef Assc: Rosella Tea with lemon grass & Bunga kantan

 

Hadiah berupa barangan ditaja oleh:
1) Brahim’s (Malaysia) – Pek makanan yg telah siap tinggal panaskan sahaja
2) Rizqun International Hotel – Voucher utk menginap di Hotel Risqun dan Buffet Makan Tengah Hari dan Buffet Makan malam
3) Royal Brunei Catering – Voucher $15 dan Voucher potongan 20%
4) Progresif – Top up kad $20 dan $10 dan Apron
5) Fitness Zone – Ahli selama 2 minggu secara percuma
6) The Energy Kitchen – Voucher $15
7) Astera Consultant – Buku Masakan Spice of Life & Buku Women of Brunei
Semua resipi pemenang akan dimuatkan di Laman Web iCookAsia Brunei dan juga buku masakan terbaru yang akan diterbitkan pada bulan September 2017 bertajuk ” Cooking with Fruits & Flowers “. Buku akan diterbitkan oleh Karangkraf Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0