fbpx

Enaknya Bengkang Ubi Kayu, Renjiskan Campuran Santan Dan Marjerin Atas Permukaan Supaya Lebih Berkerak Dan Lemak Masin.

iCookAsia

Resipi Bengkang Ubi Kayu hasil perkongsian Yusaimi Yusuf ini bukanlah resipi turun temurun daripada nenek moyang, sebaliknya diolah sesedap mungkin daripada pelbagai sumber resipi dan hasilnya, wallahhhh cukup enak.

Malah kaedah merenjis campuran santan dan marjerin di atas permukaan bengkang yang dibakar dapat menghasilkan rasa yang lebih berlemak masin dan berkerak.

 

Bahan A :

300 gm Ubi kayu – parut atau kisar

1 cawan Gula – boleh jika nak kurangkan

Garam secukup rasa

1 biji Telur ayam

1/2 cawan Santan pekat

1/4 cwn @ 5 sb Minyak masak

3 sb Susu tepung

 

Bahan renjis :

1/4 cawan Santan pekat

1 sb Marjerin

 

Cara :

  1. Gaulkan semua bahan A dan ketepikan. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8’ yang telah dilengserkan minyak.
  2. Bakar pada suhu 175c selama 30 hingga 40 minit.
  3. Masukkan bahan renjis di dalam periuk dan panaskan sehingga marjerin larut.
  4. Apabila permukaan bengkak nampak kering sedikit, ratakan bahan renjis di atas permukaan bengkak untuk mendapatkan permukaan yang berkerak dan lemak masin daripada marjerin.
  5. Teruskan bakar sehingga keperangan.

Kredit resipi & foto : Yusaimi Yusuf

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x