fbpx

Enaknya Roti Cream Cheese. Gebu Dan Lemak Manis. Uli Dengan Tangan Je.

iCookAsia

Penggemar roti wajib cuba resipi Roti Cream Cheese ni. Selain menggunakan bahan yang mudah, proses membuatnya juga tidak renyah, hanya uli menggunakan tangan sahaja.

 

Bahan :

6 cawan Tepung gandum

1 pek Yis

1 sk Garam

1 sb Gula – boleh tambah jika suka manis

1 cawan Air suam

1 biji Telur

1 cawan Susu segar

1/2 cawan Minyak

 

Cara :

  1. Semua bahan diuli menggunakan tangan, jadi pastikan tangan bersih.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga menjadi doh. Jika lembik, tambahkan tepung.
  3. Uli sampai bulat dan adunan tidak melekat pada jari. Rehatkan doh selama 20 minit dan tutup bekas.
  4. Selepas doh kembang, bahagikan doh. Dan rehatkan lagi sekali sehingga doh kembang dan mampat.

 

Bahan Cream Cheese :

2 biji Telur

200gm Cream Cheese

2 sb Minyak

 

Cara :

  1. Dalam bekas lain, kacau semua bahan sehingga tidak berketul.
  2. Tuang sama rata ke atas doh dan boleh letakkan kuaci atau apa sahaja yang disukai.
  3. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit menggunakan api atas bawah.

Kredit resipi & foto : Puan Ana

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x