fbpx

French Toast Kaya

iCookAsia

 

Tak tahu nak makan apa sahur nanti? Cuba resepi French Toast kaya. Hidangan yang mudah dan ringkas ini cepat disediakan dan mengenyangkan sampai ke petang

Resepi ini disediakan dengan kerjasama Yeo’s Malaysia

——————-

Bahan-bahan:

3 keping roti
2 biji telur
1 sudu kecil vanilla extract
1 sudu kecil gula
1 cawan susu
1½ sudu kecil kayu manis (ground cinnamon)
Kaya Yeo’s secukupnya
Unsalted butter
Secubit garam

Cara membuat:

1. Pukul telur, susu, kayu manis, vanila dan gula bersama sehingga sebati dan ringan.
2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit butter.
3. Celup roti ke dalam telur sehingga tenggelam dan letakkan atas kuali.
4. Selepas 1 minit, terbalikkan. Masak kedua-dua belah sehingga menjadi perang keemasan.
5. Lapiskan dengan kaya dan sedia untuk dihidangkan

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x