fbpx

German Cookies. Gebu Dan Cair Di Mulut

iCookAsia

Ramai yang sukakan German Cookies kerana teksturnya yang gebu dan cair di mulut. Ia juga dipanggil biskut kentang kerana menggunakan tepung kentang sebagai bahan utama. Kalau nak rasa yang lebih premium, pilih butter yang berkualiti tinggi.

 

Bahan :

250 gm butter

80 gm gula aising

1 sk esen vanila

250 gm tepung ubi kentang

160 gm tepung gandum

Pewarna pilihan

 

Cara :

  1. Pukul butter dan gula aising sehingga gebu menggunakan mixer.
  2. Kemudian tambah esen vanilla.
  3. Masukkan tepung ubi kentang dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kaup balik.
  4. Gaul doh sehingga sebati dan asingkan untuk letak pewarna
  5. Buat doh kecil-kecil dan tekan dengan garfu di atas dulang pembakar
  6. Bakar pada suhu 170C selama 15 hingga 20 minit.

Sumber : MiRä MödëRnö

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x