in , , ,

Ginger Beef Stir Fry. Teknik Hirisan Daging Mainkan Peranan Hasilkan Daging Yang Empuk. Cubalah.

Jika ke Restoran Cina Muslim, pasti hidangan ini antara yang menjadi pilihan kan? Rasa jus daging yang diadun dengan rasa pijar halia, cukup menyegarkan. Padankan pula dengan kicap dan cili potong, memang win.

Namun untuk mendapatkan tekstur daging yang lembut dan enak, daging haruslah dihiris mengikut lawan urat supaya hasilnya, daging lebih lembut dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Malah, segala perasa dapat disebatikan dengan sempurna dalam setiap hirisan daging.

Dan pilihan minyak yang tepat juga memainkan peranan dalam menghasilkan hidangan yang sempurna untuk keluarga. Adela Gold sesuai untuk teknik deep-frying dan stir-frying kerana bebas kolestrol dengan Zero Trans Fat. Jadi secara tidak langsung, menu yang terhidang juga lebih sihat untuk keluarga.

 

Perapan Daging :

280g isi daging – hiris mengikut lawan urat

2 sb Tepung Jagung

1 sb Adela Gold

½ sk Baking Soda

2 sb Air

Secubit Lada Hitam

400 ml Adela Gold untuk menggoreng

 

Bahan Tumis :

8 hiris Halia Muda

2 labu Bawang – hiris nipis

1 sb Sos Tiram

2 sb Kicap Pekat

2 sb Kicap Cair

4 batang Daun Bawang

½ cawan Air

1 sb Minyak Bijan

5 sb Adela Gold

 

Hiasan :

Hirisan Daun Bawang

 

Cara :

  1. Perap daging dengan bahan-bahan perapan dan letakkan di tepi.
  2. Sediakan satu mangkuk untuk membuat campuran sos. Masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan air. Ketepikan.
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak Adela Gold sebanyak 400ml. Goreng daging selama 3 hingga 4 minit sehingga setengah masak. Ketepikan.
  4. Dalam kuali lain, panaskan kuali dengan 5 sudu besar Adela Gold dan tumis bawang, halia dan daun bawang sehingga wangi.
  5. Masukkan daging dan sos campuran tadi. Masak sehingga pekat selama 2 minit.
  6. Masukkan daun bawang dan minyak bijan. Sebatikan.
  7. Hias dengan daun bawang dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih.

 

Beli barang dapur online dengan mudah!:

  1. Cookware Essential :
  2. Rice Cooker : http://bit.ly/2PcN3FT
  3. Air Fryer: http://bit.ly/36gcxX2
  4. Glass Top Gas Stove : http://bit.ly/377ZF5f
  5. Induction Cooker : http://bit.ly/2QlRgG0

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0