fbpx

Gulai Ayam Padang, Macam Masak Lemak Tapi Lebih Pekat Berempah, Sedap Hingga Menjilat Jari

iCookAsia

Resipi Gulai Ayam Padang merupakan masakan authentic dari Indonesia. Ia seakan-akan seperti masakan gulai masak lemak, namun apa yang berbeza, masakan ini ditumis terlebih dahulu dan menggunakan cili kisar.

Hidangan ini menggunakan santan yang agak banyak dan disempurnakan dengan pelbagai bahan, jadi aromanya lebih berasa. Kalau makan dengan ulam dan sambal hijau, fuh memang merecik.

 

Bahan Kisar :

Bawang Putih

Bawang Merah

Halia

Kunyit hidup

Cili Merah

Cili Padi

 

Bahan Lain :

Ayam

Santan

Serai dan lengkuas diketuk

Daun limau dan daun kunyit (hiris besar)

Gula

Garam

 

Cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan ayam dan biarkan seketika. Masak sehingga ayam mengecut. Boleh tambahkan sedikit air dan biarkan dalam 10 hingga 15 minit.
  3. Selepas itu masukkan serai dan lengkuas yang telah diketuk, daun limau dan daun kunyit.
  4. Masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam.

Sumber : Naddy’s Kitchen

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x