fbpx

Gulai Ayam Terengganu Style. Rugi Tak Cuba Masak!

iCookAsia

Bagi yang rindukan masakan kampung anda di Terengganu, boleh cuba buat sendiri gulai ayam ini. Walaupun mungkin lain dengan air tangan mak, masih boleh lepas rindu kan.

Terima kasih Siti Noor Hidayah Samah untuk perkongsian resipi Gulai Ayam Terengganu ini 🙂

Bahan-bahan:

Ayam

Santan sederhana pekat

Rempah cap bunga rose (Ikut nisbah rempah gulai : rempah masak 2:1)

Rempah gulai 2 sudu besar

Rempah masak 1 sudu besar

3 sudu besar cili boh

2 biji ubi kentang

Nisan kerek atau gula melaka

1 keping asam keping

1 sudu besar kerisik

Garam

Bawang merah*

Bawang putih*

1 inci kunyit hidup*

1 inci halia*

1 inci lengkuas*

Cara memasak:

  1. Kisar halus bahan bertanda (*).
  2. Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga wangi.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan rempah dan kacau sebati.
  5. Masukkan ayam dan kacau rata.
  6. Masukkan air dalam 1 cawan.
  7. Masukkan nisan atau gula melaka dan asam keping kemudian gaul rata. Tutup periuk dan biarkan dalam lebih kurang 5 minit.
  8. Buka penutup periuk dan masukkan santan (masa ni jangan tutup periuk lagi dah sampai siap meggulai).
  9. Bila dah mendidih, masukkan ubi kentang, kerisik, dan garam kemudian masak hingga ubi kentang empuk.
  10. Perlahankan api dapur dan reneh dalam 7/8 minit. Bila dah terbit minyak, tutup api dapur.

*Tips: untuk dapatkan warna gulai yang cantik ialah proses akhir iaitu proses mereneh pada api dapur yang sangat perlahan. Selain itu, cili boh memainkan peranan yang penting. Cari cili boh yang merah menyala untuk warna gulai yang merah juga.

Masak gulai anda menggunakan Shefu 32cm Non-stick Aluminium Wok dengan Penutup Kaca untuk hasil yang cantik!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Noor Hidayah Samah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x