fbpx

Guna 2 Bahan Sahaja Untuk Buat Biskut Almond Bersalut Coklat. Sedap Sangat Kalau Dapat Makan Sekarang Kan?

iCookAsia

Apabila disebut Kacang Almond, Admin terus sahaja teringat pada Kuih Almond London yang kebiasaan dihidang pada Hari Raya. Kemudian, Admin terjumpa pula satu resipi yang menggunakan Almond daripada seorang pengguna Facebook ini. Caranya begitu menarik dan mudah sahaja. 

Tambahan pula, beliau menggunakan dua bahan sahaja. Jimat dan mudah! Apa kata, untuk Hari Raya pada tahun ini, anda buat kuih Almond dengan menggunakan cara resipi di bawah ini. Beri kelainan pada kuih raya kita. Jom!

Terima kasih Ameera untuk perkongsian resipi Biskut Almond Coklat ini 🙂

Bahan-bahan:

400g badam/almond

6 pek Coklat 160g

Cara membuat:


1. Goreng almond tanpa minyak, api sederhana. Goreng selama 15 minit.


2. Masukkan almond yang sudah digoreng ke dalam oven. Bakar pada suhu 150 selama 20 minit. Kacaukan semasa bakar.


3. Masukkan coklat dalam mangkuk tahan panas.


4. Rebus coklat guna kaedah double boil sehingga coklat cair. Sejukkan dalam 15 minit.


5. Masukkan almond ke dalam coklat yang sudah sejuk. Pastikan coklat sejuk untuk kerangupan. Kacau sebati.


6. Gunakan sudu untuk buat bentuk. Nak masukkan dalam papercup pun boleh.

7. Masukkan almond coklat ke dalam oven selama 20 minit. Siap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ameera (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x