fbpx

Guna 2 Bahan Sahaja Untuk Buat Ubi Keledek Kuning Ini. Mudah Dan Sedap. Anak-Anak Pasti Berebut Makan.

iCookAsia

Buat para ibu, pada bulan puasa ini pasti perlu menghidangkan makanan pada anak-anak yang tidak berpuasa kan? Cabaran betul. Pastilah, anda turut rasa lapar sewaktu memasak. Jangan risau, itu merupakan pahala untuk para ibu diluar sana. Besar pahala!

Buat para ibu, jom Admin kongsikan resepi yang paling mudah dan sedap untuk anda sediakan buat anak-anak. Hidangan yang sangat simple, tetapi pasti mereka suka dan kenyang.

Terima kasih Inul Daroji untuk perkongsian resipi Bebola Ubi Keledek Kuning ini 🙂

Bahan-bahan:

6 ketul Ubi Keledek 

1 cawan tepung beras

Cara membuat:
1. Rebus ubi keledek. Kemudian toskan.


2. Selepas itu, lenyek kan sampai hancur.


3. Masuk kan tepung beras satu cawan. Gaul gaul bentuk kan jadi bulat. (bentuk tu terpulang terpulang pada anda).


4. Panaskan minyak terus goreng.


5. Akhir sekali, taburkan gula. Dah siap.

Nota : 

  1. Semaasa nak bentuk kan tu memang akan melekit sikit tau. 
  2. Apabila nak goreng api perlu kecil tau. Kalau api besar cepat hangus. 

 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Inul Daroji (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x