fbpx

Guna Lebihan Nasi Semalam Je Nak Buat Lempeng Kelapa Ini. Mudah, Sedap & Tak Membazir.

iCookAsia

Admin pasti pada setiap rumah pasti ada lebihan nasi semalam yang ditinggalkan di dalam peti ais kan? Kalau esok harinya anda tiada idea nak buat apa dengan Nasi tu, jom buat Lempeng Kelapa. Tak ada lah kita membazir buang.

Resepi daripada seorang pengguna Facebook ini memang mudah, sedap dan lembut. Boleh makan atau dicicah dengan sambal bilis atau sambal sardin. Kalau tidak gemar dengan sambal pun anda boleh cicah bersama Kari Ikan. Sedapnya!

Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Lempeng Kelapa ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan nasi

2 ½ cawan air

*kisar kedua-dua bahan ini sehingga halus

Bahan-bahan lain:

2 cawan tepung gandum

2 cawan kelapa parut putih

Sedikit minyak atau butter yang dicairkan

Gula secukupnya

Garam secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, kelapa parut, gula dan garam gaulkan sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan minyak atau butter dan adunan yang dikisar tadi. Gaulkan lagi sehingga menjadi adunan yang cair dan tidak berketul.

*Untuk memasaknya lebih sesuai jika ada non stick pan.

  1. Panaskan sekejap dan oles sedikit minyak. Api kena kecil ya. Kemudian, tuanglah adunan tadi sesenduk kecil.
  2. Biarkan sebentar dan balikkan supaya masak sekata.
  3. Bila nampak sudah masak dan warna dah cantik bolehlah diangkat.
  4. Ulang sehingga habis.

**saiz dan bentuk bergantung kepada citarasa anda (boleh buat nipis-nipis untuk lebih senang nak makan dan cepat masak). 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x