fbpx

Guna Pengukus Pun Boleh Buat Kek Coklat Moist. Yang Penting, Tetap Sedap!

iCookAsia

Kek Coklat Moist ini mesti menjadi kegemaran ramai orang kan. Dengan rasa coklat yang mempunyai manis yang perfect dan moist menjadikan ia lagi sedap dan menarik untuk dimakan. Nak buat pun mudah saja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Rahmah Rosmin perkongsian resipi Kek Coklat Moist ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

3 biji telur

1 cawan gula

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

1 cawan serbuk koko

1/2 cawan susu pekat

1 Sudu kecil esen vanilla

Cara membuat:

  1. Kisarkan kesemua bahan A di atas sehingga sebati dalam 3 hingga 4 minit.

Bahan B (Untuk Diayak):

1 1/4 cawan tepung gandum

1 Sudu kecil baking powder

1 Sudu kecil bikarbonat soda

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan bahan A yang telah dikisar tadi ke dalam bahan B sambil dikacau perlahan sehingga sebati.
  2. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan marjerin. Boleh guna loyang 8×8.
  3.  Akhir sekali, kukuskan selama 50 hingga 1 jam atau hingga masak. pastikan untuk guna api sederhana sahaja.

Bahan C (Topping):

Dark coklat beryls atau coklat masakan

Sedikit susu cair

Sedikit minyak

Cara membuat:

  1. Cairkan bahan di atas dengan menggunaka kaedah double boil.
  2. Setelah kek sejuk, boleh curahkan atas kek dan hias mengikut cita rasa masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rahmah Rosmin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x