fbpx

Gunakan Cuka Untuk Elak Ikan Keli Meletup Waktu Digoreng. Hasilnya Ikan Keli Lebih Rangup.

iCookAsia

Memang mencabar setiap kali menggoreng ikan keli kan. Minyak asyik meletup, dan kalau tak bernasib baik, melecur tangan. Dan setiap kali lepas menggoreng, bersepah minyak di dapur kena ‘tembak’ dengan ikan keli tadi.

Cara yang dikongsikan Sarifah Arieta ini cukup berguna bagi penggemar ikan keli goreng.

Basuh ikan keli dengan cuka bagi membuang lendirnya. Kemudian rendam dengan air tepung gandum yang pekat selama 5 hingga 10 minit. Selepas itu buang air tepung tetapi tidak perlu bilas ikan tadi.

Letakkan garam, serbuk kunyit dan perasa. Goreng sehingga garing. Dijamin ikan tidak akan meletup.

Kredit resipi & foto : Sarifah Arieta

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x