in

Hanya Menggunakan Roti Sahaja, Hidangan Sandwich Butter Kaya Ini Sangat ‘Perfect’ Untuk Anak-Anak Anda.

Hari-hari mesti memikirkan apa yang boleh dimasak atau dibuat untuk makan petang kan? Kadang, rasa malas untuk masak. Disini, seorang pengguna Facebook ini kongsikan resepi yang sangat mudah dengan menggunakan roti sahaja. 

Terima kasih Zarina Zainudin untuk perkongsian resipi Sandwich Butter Kaya ini 🙂

“Haritu ramai yang tanya tentang Sandwich Butter Kaya ni.  So harini Ina share resepi versi Ina ye. Senang sangat-sangat uols. Siapa yang suka makan kek tapi tak pandai buat (akulah tu) atau malas buat (aku juga tu), boleh cuba resepi ni ye. Anak anak memang suka ni. Kek express tapi sedap yakmat! Nyum Nyum 😋”

Cara penyediaan:


1. Sediakan dua roti yang berlainan jenis atau warna, butter dan juga kaya.

2. Sapu butter pada roti pertama dan sapukan kaya pada roti yang berlainan.

3. Telangkupkan atau gabungkan kedua-dua roti dan potong pada bentuk segi tiga.

4. Akhir sekali, susun roti secara selang seli mengikut warna yang disukai.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zarina Zainudin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0