in , ,

Hanya Tambah Garam Dan Air, Daripada Satu Liter Jadi Lima Liter. Guna Tips Ini Untuk Basuh Pinggan Mangkuk Di Dapur

Mudah dan sangat menjimatkan. Dengan hanya satu liter sabun, digandakan menjadi lima liter dengan hanya menggunakan garam dan air.

Menurut perkongsian Syahid Syuhada’ di laman Facebook, tips ini cukup menjimatkan dan sabun basuh pinggan dapat bertahan lebih lima bulan.

“800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun.

“Katakan 1 liter sabun tahan guna sebulan, 5 liter tahan 5 bulan… 🤗 ok tak?

“Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai. Mudah je.

“Hanya 5 liter air + 800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna sunlight) + Garam pakej kecil (anggaran secawan).. Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai.. Siap…!

“Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml. Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi 2 je sukatan atas tu).

“Refill guna bekas yang sesuai tau, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.. Kalau selain tu, tulis caption kat bekas tu ‘ni sabun pinggan ye..’

“Guna seperti biasa. Tak cuba tak tahu.. Saya dah cuba. InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak. Selamat mencuba untuk lebih jimat,” kongsinya.

>

Selamat mencuba,

Foto : Facebook Syahid Syuhada’

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0