fbpx

Haruan Bantut. Resipi Orang Lama Belah Utara Ketika Mengerat Padi. Seronoknya Kenang Zaman Dulu-Dulu Kan?

iCookAsia

Sebut Haruan Bantut, pasti ramai yang terpinga-pinga, menu apa ini kan? Menurut perkongsian Mohd Izwan Abidin, hidangan ini cukup menggamit memori. Jelasnya ketika musim mengerat padi, pasti ada habuan ikan haruan terjerat, jadi ikan Haruan besar dalam anggaran 500 gram hingga 1.5 kilogram akan dibuat bantut manakala yang bersaiz kecil akan dijadikan gulai atau asam pedas.

Namun disebabkan semakin ramai berhijrah ke bandar, tradisi menangkap ikan di sawah tidak lagi popular dan semakin dilupakan. Mungkin sebab mata lebih tertumpu kepada gajet.

Menu ni sgt lagend dan menggamit memory utk org dulu2…zaman skrg agak ramai x dpt merasa sbb faktor hijrah ke bandar…nk dpt ikan haruan Saiz besar pun susah skrg ni…menu ni sgt istimewa klu zaman dulu kat kmpg…

“Menu org tua2 dulu sebelah utara klu musim mengerat padi dpt ikan haruan besar akan dibuat bantut dan klu ikan kecil tu buat gulai atau asam pedas kedah…

“Sy nk share menu legend org tua2 dulu belah utara…mesti ramai yg dah lama x mkn mcm ni dan ada yg slalu mkn…dia punya sedap tu x tau nk hbaq noh kena dgn nsi panaih2…td ada yg tya resepi dan ada yg kata belas thun dah x mkn mcm ni…nah sy kongsi resepinya nanti pakat buat noh…ikan kena haruan saiz 500 ke 1.5kg stgh mmg ngam rasa dia...

 

Resipi Haruan Bantut :

Bahan :

1 ekor ikan haruan – belah belakang dan sisiknya jangan dibuang

Kelapa parut – ikut saiz ikan*

3 labu bawang kecil*

1 ulas bawang putih 1 ulas besar*

1 @ 2 inci kunyit hidup*

1 sk jintan manis*

½ sk jintan putih*

3 tangkap cili kering* – perlu direndam dengan air panas. Jika mahu pedas, boleh tambah

½ sk lada hitam*

2 batang serai*

Garam*

Gula*

Serbuk perasa / ½  kiub ikan bilis*

Serbuk kunyit

Daun kunyit

 

Cara :

1. Belah ikan haruan di bahagian belakang, namun sisiknya jangan dibuang. Bersihkan dengan air beras atau rendamkan dengan asam jawa untuk menghilangkan hanyir dan bau.

2. Kemudian lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.

3. Tumbuk bahan bertanda * dan selepas itu masukkan kelapa parut (tumbuk jangan terlalu hancur). Rasa dahulu supaya ada rasa pedas, manis, masin dan lemak.

4. Sumbatkan bahan tumbuk tadi ke dalam ikan haruan dan bakar menggunakan pemanggang atau ikatkan ikan dengan daun kunyit.

5. Bakar namun jangan terlalu kering kerana isinya harus berjus. Apabila makan, isinya akan tertanggal daripada kulit.

6. Makan dengan nasi panas.

Sumber : Mohd Izwan Abidin

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x