in , ,

Herba, Bukan Sekadar Rempah Masakan, Boleh Jadi Penawar Tubuh Badan. Mampu Bersihkan Buah Pinggang, Anti Kanser Dan Hilangkan Migrain.

 

Selalunya penggunaan herba dalam masakan akan menyerlahkan lagi aroma dan keenakan masakan. Dan herba kering selalunya lebih tahan lama jika dibandingkan dengan herba segar.

Jadi kalau korang beli herba segar di pasaraya, hanya letakkan di dalam tempat sejuk beku dan herba boleh bertahan lebih sebulan.

DAUN KETUMBAR

Daun ini mempunyai aroma yang wangi dan kuat. Kisarkan daun ketumbar sehingga menjadi serbuk. Amalkan satu sudu besar serbuk daun ketumbar untuk menambah selera makan, mudahkan proses pencernaan dan buang angin.

THYME

Air rebusan thyme mampu melegakan batuk, sakit tekak, kembung perut dan kurangkan kekejangan perut. Namun jangan ambil berlebihan, nanti cirit birit dan pening.

ROSEMARY

Daun herba ini bersifat anti kanser dan mampu tingkatkan daya ingatan.

DAUN KUCAI

Daun kucai mampu merangsang selera makan dan bersifat antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus.

DAUN PARSLI

Daun parsli bagus untuk mengeluarkan racun dan garam daripada tubuh badan dan mampu membersihkan buah pinggang. Amalkan minum air rebusannya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0