in ,

Hidangan Kegemaran Eina Azman Bila Datang Food Court. Masakan Claypot Chicken Rice Ni Memang Sangat Sedap.

Anda biasa makan di Food court bila di Mall? Hidangan kali ini memang wajib ada kalau di mana-mana pasaraya membeli-belah. Menjadi kegemaran ramai dan seorang artis yang cantik jelita iaitu Eina Azman. Haa.. apa tunggu lagi, jom la cuba masak dan cuba di rumah. Bak kata Eina Azman, 

“Tak yakin sebab tak pernah cuba? Bukalah langkah pertama hari ni… dari situ kita akan mula belajar tingkatkan kemahiran, baik di dapur atau kehidupan!”

Terima kasih Eina Azman untuk perkongsian resipi Claypot Chicken Rice ini 🙂

Video resipi: https://www.instagram.com/p/CKDTqXQj1nL/

Bahan-bahan:

6 ulas bawang putih (dihiris)

1/2 inci halia (dihiris)

4 tangkai cili kering (dipotong kecil)

2 keping paha ayam (dipotong saiz kecil)

2 sdm MAGGI Cukup Rasa

3 sdm sos tiram maggi

3 sdm kicap manis

Sedikit minyak Bijan

Sedikit air

5 keping Cendawan shiitake kering (direndam)

Sedikit tepung jagung

2 biji telur

Sayur pak choy

Nasi

Cili padi (hiasan)

Cara memasak:

  1. Panas kan minyak di dalam kuali, kemudian masukkan bawang putih, halia dan juga cili kering. Kacau kacau.
  2. Masukkan ayam dan masak hingga ayam menjadi empuk.
  3. As always, step yang paling penting dalam masakkan Eina, masukkan MAGGI Cukup Rasa!
  4. Masukkan sos tiram, kicap manis, minyak bijan dan sedikit air. Kacau kacau.
  5. Selepas itu masukkan cendawan hitam yang telah direndam, air tepung jagung dan juga telur
  6. Masukkan nasi ke dalam Claypot.
  7. Bila dah siap masukkan ayam tadi ke dalam claypot, masukkan telur dan juga sayur pak choy.
  8. Claypot Chicken Rice is doooooone!

Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan video: Eina Azman (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0