in ,

Hidangan Mee Rebus Yang Menyelerakan. Makan Panas-Panas Pada Waktu Hujan Ni Confirm Best!

Kebelangkangan ini, di kawasan rumah anda musim hujan je kan? Bila hujan ni, Admin pasti ramai yang lapar dan mencari makanan untuk terus fokus membuat kerja di rumah, lebih-lebih lagi yang mempunyai kelas atau kerja secara online. Jangan risau, jom Admin kongsikan cara membuat Mee Rebus dengan cara mudah dan cepat. Ada bahan semua di dapur, terus je memasak di dapur. Jom!

Terima kasih Wan Elina Fatini untuk perkongsian resipi Mee Rebus ini 🙂

Bahan-bahan:

1/2 paket mee kuning 

3 ulas bawang putih

2 cubit lada hitam

Ayam di cincang 

Daging dicincang

2 ekor sotong 

Sayur sawi/ kangkung 

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula tumis bawang putih dan apabila sudah garing tu, tambah lada hitam (optional).
  2. Masukkan ayam, bila tambah daging dan sotong ni lagi sedap sebab keluar air manis dia.
  3. Masukkan air dan masukkan sayur.
  4. Perasakan dengan garam gula, tambah kiub ayam sikit pun boleh. Jangan banyak sangat.
  5. Akhir sekali, masukkan mi kuning dan tunggu hingga masak.

*Disebabkan tak ada sos special, makan dengan cili sos pun sedap. Jangan lupa lada jeruk tau. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Wan Elina Fatini (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.