in ,

Hidangan Mi/Mee Kuah Daging Untuk Berbuka. Sedap Dan Segar Di Hirup Kuahnya. Resepi #Ramadan

Selain Mee/Mi Hailam, hidangan Mee/Mi Kuah juga menjadi pilihan ramai jika ingin menukar selera daripada tidak memakan nasi. Masakan yang berkuah ini, betul-betul menyegarkan kalau dimakan dan dihidang waktu kuah masih panas. 

Bukan nasi sahaja yang boleh buat perut anda kenyang. Hidangan ini juga boleh kerana kandungan kuah yang kita makan dan juga sumber protein daripada Mee tersebut. Bukan itu sahaja, dengan inti Daging yang dicampurkan dalam Kuah ini, lagi la bertambah kenyang. Jom cuba masak!

Terima kasih Azlina Ina resepi untuk perkongsian resipi Mi Kuah Daging ini 🙂

Bahan-bahan untuk Kuah:

1 biji bawang holland

1 biji bawang besar

6 ulas bawang putih

1/2 inch halia

2 biji tomato

Potong semua bahan diatas, dan tumis sehingga naik bau. Lepas tu blend semua bahan

Cili kering kisar 

1 biji kentang russet

2 biji keledek merah

Daging 

Asam keping

1 tin tomato soup 

Susu pekat

Garam 

Gula

Ajinamoto

Sos cili

Cara memasak:

  1. Dalam periuk, didihkan air, masuk daging/tulang, rebus sekali kentang dan keledek.
  2. Agak-agak kentang keledek sudah empuk, di angkat kemudian blend.
  3. Masuk bahan kisar, 3 senduk cili kisar (kalau nak pedas letak lebih), 1 tin tomato soup, 2 asam keping, kentang yang sudah di kisar tadi. Garam dan ajinomoto. 5 sudu besar susu pekat, 1 senduk sos cili. 
  4. Agak-agak sudah mendidih, balance/ suaikan dengan gula. Kemudian, biarkan mendidih.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azlina Ina resepi (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0