fbpx

Hidangan Sarapan Yang Meriah. Buat Roti Jala Pandan Dan Kari Ayam Utara. Confirm Kenyang Sampai Esok!

iCookAsia

Roti jala ini dah biasa sangat kan yang warna kuning keemasan? Nak beri kelainan sikit, boleh ikut perkongsian resipi dibawah ini iaitu Roti Jala Pandan. Digandingkan pula dengan kari ayam utara. Pergh, memang ngam betul kan? 

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Roti Jala Pandan dan Kari Ayam Utara ini 🙂

Bahan untuk membuat roti jala pandan:

2 cawan tepung gandum

2 cawan air perahan pandan

2 sudu besar minyak masak

Secubit garam

2 titis pewarna hijau epal

Caranya:

  1. Kisar semua bahan hingga sebati. Jala dalam pan nonstick. 
  2. Dalam masa 1 minit, boleh angkat dan gulung.

Bahan untuk membuat sos pandan:

1 cawan air pandan

1 cawan santan

1 biji telur

1 helai daun pandan disimpul

1 sudu besar tepung jagung

4 sudu besar gula (ikut manis)

secubit garam

2 titis pewarna hijau epal

Caranya: Gaul semua bahan hingga sebati. Barulah anda buka api  dan masak hingga agak pekat. Kemudian, tutup api.

Bahan untuk membuat Kari Ayam Utara:

3-4 ketul isi ayam

1 bungkus serbuk kari AYAM

1 cm halia

rempah 3 sekawan

daun kari

1/2 cawan santan/ susu cair

1 sudu besar kerisik

2 ulas bawang putih dihiris

1 ulas bawang merah dihiris

1 helai daun pandan disimpul

Air secukupnya

Minyak untuk menumis

Garam 

Cara memasak:

  1. Tumis bawang, rempah 3 sekawan, rempah kari. Campur dengan sedikit air. Biar pecah minyak.
  2. Masukkan kerisik dan daun pandan.
  3. Masukkan sedikit air (mengikut pada banyak mana kuah yang kita kehendaki. Lebih kurang 2 cawan).
  4. Masukkan ayam dan biarkan empuk dan masak.
  5. Masukkan santan dan biar mendidih seketika.
  6. Masukkan garam dan tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x