fbpx

Hidangan Sebijik Ala Set Nasi di KFC. Resepi Mudah Nasi Mentega, Ayam Goreng Crispy Dan Coslow.

iCookAsia

Kalau anda biasa ke restoran KFC yang popular tu pasti tahu Set Makan tengahari yang digandingkan bersama Nasi Mentega. Hidangan Nasi ini menjadi kegemaran ramai, termasuk kanak-kanak. Sesuai sangat nak bagi makan pada mereka. 

Jom Admin kongsikan cara sedap, mudah dan berbaloi untuk membuat hidangan Nasi Mentega, Ayam Goreng Crispy dan Coslow ala KFC. Nampak sebiji betul. Kalau buat untuk makan malam ni pasti orang di rumah suka dan excited nak makan. 

Terima kasih Umi Watie untuk perkongsian resipi Nasi Mentega, Ayam Crispy dan Coslow ini 🙂

Bahan-bahan Nasi Mentega:

2 sudu makan Mentega

1 biji bawang merah

1 ulas bawang putih

2 hiris halia

3 cawan susu segar

1 cawan air

2 cawan beras basmathi

Garam

Cara memasak:

  1. Basuh bersih beras basmathi dan toskan biar kering. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia dengan mentega sampai garing dan wangi. Masukkan dalam periuk bila bahan tumis 2. Masukkan susu segar 3 cawan dan 1 cawan air biasa. Anggaran 1 cawan beras basmathi sama dengan 2 cawan cecair.
  2. Jangan lupa perasakan dengan garam. Biar dia naik rasa lemak berkrim dia nanti. Dalam resepi tak letak daun pandan sebab lebih suka bau mentega yang kuat. Kalau nak bubuh daun pandan terpulang ya.
  3. Tanak nasi Mentega sampai masak.

Bahan untuk Ayam Goreng Crispy:

2 ketul ayam bahagian peha (dibuang tulangnya)

1 biji telur

5 sudu makan tepung Bestari

Tepung kering (1 cawan tepung Bestari dan ½ cawan tepung jagung)

Cara memasak:

  1. Bancuhkan sebiji telur dengan tepung Bestari pedas.
  2. Gaulkan semua bahan sampai dia mesra dan muafakat membawa berkat. Perap selama 1 jam dalam peti Sejuk. Cubit cubitkan ayam tu, biar semua perasa masuk dalam ayam kita tadi.
  3. Sediakan tepung kering untuk salutan ayam kita nanti. Ini untuk salut sekeping ayam tau. Buat sikit-sikit supaya ayam elok melekat tepung nanti.
  4. Bedakkan ayam perap tadi dengan adunan tepung salut tadi. Cubit-cubitkan ayam tu. Pastikan semua bahagian kena tepung.
  5. Panaskan minyak, gorengkan ayam Crispy sampai kuning keemasan. 

*Goreng dalam kuali leper supaya ayam elok terendam dalam minyak.

  1. Bila dah elok masak dan kekuningan, toskan hingga kering. 

*Boleh potong-potongkan sebelum dihidangkan pada anak. Senang nak ambil. 

Bahan untuk Coslow:

1 cawan kobis

1 cawan kobis ungu

½ cawan lobak merah

1 biji bawang merah

5 sudu makan mayonis

1 sudu makan gula 

1 sudu makan garam

¼ cawan susu segar 

Cara membuat:

  1. Menggunakan chopper zap zap itu, atau kisar kobis, kobis ungu, lobak merah dan bawang merah.
  2. Selepas itu, letakkan mayonis, gula, garam, dan ¼ cawan susu segar. Gaulkan semua bahan.
  3. Kemudian, simpan dalam peti Sejuk. Makan sejuk Sejuk baru sedap. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Umi Watie (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x