fbpx

Homemade Kaya Pandan. Buat Stok Banyak-Banyak, Boleh Simpan Dalam Peti Ais. Jimat, Tak Payah Beli Dekat Luar Dah.

iCookAsia

Sekarang ini, semua resepi boleh dibuat sendiri. Belajar sendiri di rumah. Anda hanya perlu masa lapang untuk isikan dengan memasak. Seperti perkongsian resipi kali ini, kebiasaanya hidangan ini dipesan atau dimakan di kedai sahaja. Siapa sangka, kita boleh buat sendiri di rumah?

Makan pula bersama roti kukus dan cicah atau sapu kaya pandan homemade ini. Kalau di ajak makan beramai-ramai ini, confirm semua berebut sebab sedap sangat!

Terima kasih Fazelina Isa untuk perkongsian resipi Kaya Pandan ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar)

1 cawan susu cair

1 cawan gula (“cikgu fazz buat 3/4 je”)

1 kotak santan (200g)

2 sudu susu pekat manis

3 sudu tepung jagung

1 biji telur 

Sedikit garam

Titiskan sedikit pewarna hijau kalau nak

Caranya:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecil.
  2. Tenggekkan atas api dan kacau hingga ia berkilat. 

Siap! Sekejap kan? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fazelina Isa (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x