fbpx

Homemade Mayonis. Ada Tiga Cara Mudah Untuk Sediakan.

iCookAsia

Selain cheese, orang kita memang suka makan mayonis. Selalunya mayonis diadunkan untuk rasa yang lebih berlemak dan creamy, bak kata orang, penyedap rasa. Mayonis merupakan krim berwarna putih yang mempunyai dua komponen penting iaitu telur dan minyak

Mayonis mula diperkenalkan di Sepanyol dan dipopularkan di Perancis sekitar tahun 1700-an. Dan kini, satu dunia menikmatinya bersama burger ataupun finger food. Terdapat beberapa cara untuk membuat mayonis dan ia cukup mudah dan tidak perlu dimasak.

 

MAYONIS 1

Bahan :

½  sudu  besar jus lemon

1 biji telur

1 ½ minyak jagung

1 sudu kecil madu

Secubit garam

 

CARA :

Satukan kesemua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga bahan likat. Kemudian tuangkan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Selepas satu jam, mayonis boleh dihidangkan.

 

MAYONIS 2

Bahan :

3 biji kuning telur

½ sudu kecil garam

½ sudu kecil gula

1 ½ cawan minyak jagung

1 sudu besar perahan lemon

¼ sudu kecil serbuk mustard

 

CARA :

Dalam pengisar, satukan kuning telur, gula, garam dan mustard. Pukul sederhana laju. Tuangkan secawan minyak dan kisar lagi. Kemudian tuangkan lebihan minyak dan kisar lagi sehingga adunan likat. Ia boleh tahan selama 2 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk.

 

MAYONIS 3

Bahan :

1 cawan minyak jagung

1 biji kuning telur

1 biji putih telur

½ sudu kecil gula

½ sudu kecil garam

½ sudu kecil serbuk paprika

3 sudu besar jus lemon

 

CARA :

Satukan kuning telur, jus lemon, garam dan gula serta satu sudu minyak jagung. Pukul sebati. Kemudian tuangkan minyak sedikit demi sedikit, diikuti putih telur dan serbuk paprika. Kacau sehingga likat.

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x