fbpx

Homemade Roti Gebu Gebas. Rasa Yang Manis Ini Memang Enak Dimakan Begitu Saja

iCookAsia

Memang nikmat kan, kalau dapat makan petang dengan roti cicah air milo? Roti pun gebu dan lembut. Bila guna marjerin daripada SERI Pelangi ni, makan begitu sahaja pun dah enak. Haa, jom cuba resepi daripada Chef Lin ini.

Bahan A:⁣
3 sudu besar air⁣
3 sudu besar krimer sejat cair⁣
2 sudu besar tepung roti⁣

Bahan Doh:⁣
2½ cawan (298g) tepung roti⁣
2 sudu besar susu tepung⁣
¼ cawan gula kastor⁣
1 sudu kecil garam⁣
1 sudu besar yis segera⁣
½ cawan Krimer sejat cair, disuamkan⁣
1 biji telur⁣
¼ cawan Marjerin SERI PELANGI (cair)⁣

Bahan Sapu:⁣
1 biji telur⁣
1 sudu besar krimer sejat cair⁣
½ sudu besar Marjerin SERI PELANGI (cair)⁣

Cara Membuat:⁣

Bahan A:⁣
1. Satukan semua bahan. Kacau atas api perlahan sehingga pekat (3-5 minit).⁣
2. Letak di dalam mangkuk, tutup dengan plastik dan biar sehingga suhu bilik.⁣

Bahan Doh:⁣
1. Satukan tepung, susu tepung, gula, garam dan yis.⁣
2. Di dalam mangkuk lain, campurkan susu, telur, majerin dan bahan A.⁣
3. Gaul campuran telur dengan tepung. Uli sehingga menjadi doh yang elastik dan tidak melekat (15-20 minit).⁣
4. Bentukkan doh menjadi bulat, letak dalam mangkuk berlengser minyak. Tutup, letak di tempat hangat dan .⁣
5. Tekan doh perlahan-lahan menjadi empatsegi 8 inci, potong 9 bahagian dan bulatkan.⁣
6. Susun dalam tin 8-9 inci yang disapu marjerin. Biar kembang 40-50 minit.⁣
7. Sapu permukaan roti dengan campuran telur dan susu.⁣
8. Bakar di dalam ketuhar 180 C selama 20-25 minit atau sehingga keperangan.⁣
9. Keluarkan dari ketuhar, sapu dengan marjerin cair. Biar dalam tin 10 minit kemudian sejukkan di atas redai.⁣

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di – https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x