fbpx

Homemade Sichuan Chilli Oil. Wajib Ada Dekat Rumah. Sedapnya Makan Dengan Mee Sup.

iCookAsia

Sichuan Chilli Oil ni antara yang wajib ada di rumah kerana boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Malah ia paling sinonim digunakan sebagai pelengkap kepada makanan berasakan sup seperti mee sup atau mee tarik.

 

Terima kasih Mary Teo Lee Na atas perkongsian resipi yang cukup mudah, sedap dan kaw pedas.

 

Cara :

  1. Cili flakes yang telah dikisar kasar, masukkan sedikit garam dan lada sichuan.
  2. Masukkan sedikit bijian bijan yang sudah disangai.
  3. Dua jenis cili kering yang digunakan, cili yang besar buangkan biji dan gunting, cili yang kecil dibiarkan begitu. Semua disangai dan bercampur dengan sedikit garam supaya tidak mudah hangus. Selepas itu toskan cili kering daripada garam tadi. Buang garam. Tunggu cili sejuk baru dikisarkan. Lagi banyak bahan-bahan tumis, lagi wangi minyak.
  4. Tumiskan kayu manis, cengkih, bunga lawang, lada sichuan, daun salam, jintan dan buah pelaga dalam minyak panas dengan api sederhana sehingga wangi dan perang.
  5. Kemudian toskan bahan-bahan daripada minyak. Selepas itu, panaskan minyak tadi semula dan tuangkan kembali ke dalam cili flakes tadi.

Kredit resipi & foto : Mary Teo Lee Na

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x