fbpx

Honey Lemon Butter “Dish Washer” Cake. Jangan Ada Yang Ingat Ini Betul-Betul Ya… Nampak Macam Sabun, Tapi Bukan!

iCookAsia

Kini sudah tular dan menjadi bualan ramai pada resipi yang berupakan sponge dishwasher ini. Sebijik sangat dengan yang asal. Mesti ramai yang ingin cuba buat, lebih-lebih lagi pada musim PKPB ini. Di sini, seorang pengguna Facebook atau lebih mesra dengan panggilan Abam vmie kongsikan resepi viral mengikut citarasa beliau. Kalau sedap pada rasa Kek ini, maksudnya citarasa tekak anda sama dengan Abam vmie. 

Terima kasih Che Azawimie Che Zahari untuk perkongsian resipi Honey Lemon Butter Dish Washer Cake ini 🙂

Bahan-bahan kek:

(Bahan A)

250gm salted buttercup

250gm Anchor butter

250gm majerin PELANGI

700gm gula kastor

 

15biji telur gred B

 

800gm self raising flour

3 sudu besar susu tepung full cream

 

3 sudu besar perisa lemon

1 sudu teh pewarna kuning lemon

2 sudu besar pewarna hijau gelap

1 sudu teh pewarna hitam

1 sudu teh pandan emulco

 

Sedikit madu

Sedikit lemon filling

 

Loyang petak saiz 12″ 

 

Cara membuat:

  1. Pukul bahan A  bersama gula kastor sehingga gebu dan bertukar warna kuning ke putih.  Tetapi, jangan terlampau over beat.  Nanti kek boleh jadi kering sebab gula hancur sangat.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil pukul adunan dan pukul sehingga gebu.
  3. Masukkan self raising flour dan susu tepung sambil dipukul hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Pastikan satu bahagian banyak untuk warna kuning dan 1 bahagian sedikit untuk warna hijau.
  5. Untuk lapisan hijau, campurkan pandan emulco, pewarna hijau gelap dan pewarna hitam. Bakar anggaran selama 15 minit pada suhu 150° atau mengikut pada ketuhar masing-masing.
  6. Untuk lapisan kuning, campurkan perisa lemon dan pewarna kuning lemon. Bakar anggaran selama 40 minit pada suhu 150° atau mengikut pada ketuhar masing-masing.

Cara membuat lapisan dan effect span “dish wash”:

  1. Ambil bahagian kuning dan sapukan madu dan lemon filling secukupnya. Kemudian lapiskan bersama bahagian hijau.
  2. Ambil pisau pemotong kek, gosok-gosokkan bahagian atas lapisan hijau untuk effect span “dish wash”.
  3. Selepas itu, boleh lah potong mengikut saiz yang di inginkan.
  4. Akhir sekali, hidangkan bersama fruits cocktail dan jelly serta milk foam.

Siap! Kreatif kan? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Che Azawimie Che Zahari (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x