fbpx

Hotteok / Sweet Korean Pancake. Sedapnya Rasa Chewy Tepung Pulut. Disediakan Step By Step

iCookAsia

Siapa pernah merasai Hotteok ni mesti kepingin nak makan lagi kan?  Tapi tak semua resepi yang dikongsikan menjadi, betul tak? Namun hasil perkongsian Husna Nasarudin benar-benar menamatkan pencarian.

Menurut Husna, dia telah mencuba pelbagai resepi dan mengolahnya sehingga mendapat rasa yang hampir sama seperti Hotteok original di Korea.

Saya pernah makan di restoran makanan Korea. Sedapnya ya Allah, lagi-lagi bila dihidangkan sekali dengan madu. Jadi dah lama teringin nak buat sendiri dan mencari resepi di internet.

Mula-mula cuba resepi yang menggunakan tepung gandum sepenuhnya, rasa dia tak sama sebab teksturnya tak chewy. Tak sepadanlah dengan namanya (‘tteok’ yang bermaksud rice cake). Jadi ini resepi yang saya olah sendiri. Sedap dan dapat rasa chewy dari tepung pulut.”

 

Bahan-bahan:
1 cawan air suam
1 sk garam
1 1/2 sb gula
2 sk serbuk yis
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan tepung pulut (diayak)

 

Untuk inti:
1 sk cinnamon powder
2-3 sb gula perang
1-2 sb kacang yang dicincang (boleh guna apa sahaja jenis kacang yang anda suka)

 

Cara :
1. Masukkan air suam, garam, gula, dan yis ke dalam mangkuk besar.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung pulut ke dalam mangkuk tadi dan gaul rata menggunakan senduk. Adunan memang lembik, jangan tambah tepung. Tutup mangkuk menggunakan plastic wrap atau apa sahaja, dan biarkan selama sejam. Saya tutup dengan penutup periuk je.
3. Selepas sejam dan doh dah naik 2 kali ganda, gaul rata sekali lagi sambil buang angin dia. Kemudian tutup dan tunggu sepuluh minit lagi.
4. Sambil itu, boleh sediakan inti. Campurkan sahaja semua bahan inti. Saya ada juga letak nutella sebagai inti. Sedap!
5. Tabur tepung gandum di atas dulang/ pinggan yang anda akan guna selepas bahagikan doh. Bahagikan doh kepada 8 bahagian. Jangan lupa untuk salut tangan anda dengan tepung gandum sebelum anda pegang doh, supaya doh tak melekat pada tangan. Masukkan inti ke dalam setiap bahagian doh.
6. Goreng doh atas kuali leper yang sudah panas dan diletak minyak. Tak perlu goreng deep-fry tapi minyak kena letak sikit-sikit setiap kali doh diterbalikkan. Tekan-tekan doh bagi leper dan terbalikkan 2-3 kali supaya masak sekata.
7. Dah boleh makan macam tu je atau makan dengan aiskrim vanilla dan drizzle madu/ mapple syrup. Sedap! Selamat mencuba!

Sumber : https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3073862936270335/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x