in ,

Ikan Kembung/ Ikan Temenung Masak Masam Manis. Sedap Hingga Menjilat Jari! Resepi #Ramadan

Terlalu banyak resepi yang menggunakan Ayam. Selera pun dah mula bosan, dan perut teringin Ikan atau makanan seafood. Tetapi, adakah anda tiada idea nak masak lauk apa dengan ikan? 

Disini Admin kongsikan, resepi #Ramadan yang sangat sesuai dijadikan lauk waktu sahur. Simple sahaja. Menggunakan Ikan Kembung atau Ikan Temenung ini, pastu perut anda senang hati. 

Terima kasih Siti Fatimah untuk perkongsian resipi Ikan Temenung Masam Manis ini 🙂

Bahan-bahan:

Ikan temenung 3 ekor (goreng bersama serbuk kunyit dan ketepikan)

1 batang serai

Bawang kecil 4 ulas

Bawang putih 2 ulas

2 biji cili merah

6 biji cili padi

Halia satu inci 

*Semua bahan di atas, blend ya

Bahan lain:

Pati ayam knorr seketul

Sedikit air asam jawa

Sedikit garam dan gula

Hiasan 

Cili padi 6 biji

Bawang besar ½ biji

Sedikit daun bawang

Cara memasak:

  1. Tumiskan bahan-bahan yang di blend hingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan  air asam jawa dan masak hingga pecah minyak. 
  3. Kemudian masukkan, garam, gula dan pati ayam knorr. Tunggu sampai kuah betul-betul pekat, baru masukkan ikan dan hiasan seperti cili padi, bawang besar dan daun bawang. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Fatimah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0