in , ,

Ikan Rebus Thailand. Resepi Power Yang Wajib Buat, Nak Goreng Boleh, Nak Terus Makan Cicah Budu Pun Boleh

Resepi ikan rebus Thailand ini memang mudah dan cepat untuk dimasak. Apa yang unik, resepi ini boleh dimakan terus atau digoreng garing, kemudian pekena bersama budu, cili dan ulam-ulaman.

Cara :
1. Ikan sardin atau selayang 1kg basuh dan susun di dalam periuk. Jika nak kuah, lebihkan air daripada ikan. Jika tidak, hanya masukkan air hampir tengelam ikan.
2. Masukkan gula melaka.
3. Masukkan asam keping. Letakkan banyak pun tidak mengapa, ikan akan bertambah rasa.
4. Serbuk perasa, terpulang untuk letak atau tidak.
5. Masukkan 2 sudu besar garam
6. Pes asam jawa 2 sudu besar
7. Masak dan biarkan mendidih.

Jom ikut step by step yang disediakan.



Sumber : Dior Sarah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0