fbpx

Ikan Tahan Sehingga Empat Minggu, Kukus Dan Jemur Ikan Buat Simpanan Di Rumah

iCookAsia

14 hari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan kaum ibu panik dengan stok barang basah di dapur. Jika beli terlalu banyak, bimbang cepat rosak.

Penyelesaiannya, hanya kukus dan jemur ikan dan hasilnya stok akan bertahan sehingga 4 minggu tanpa perlu disimpan di tempat beku.

“Musim ikan tengah murah ni kan..kakak buat ikan rebus je la..mengimbau kenangan bersama arwah ayah..kakak anak si penjual ikan rebus.
Mohon sedekahkan Al-fatihah buat arwah ayah saya sahat bin junid

“Assalamualaikum nama je ikan rebus tp sebenarnya ikan tu lebih cantik bila dikukus

1.Perfama sekali cuci ikan macam biasa bubuh perahan limau untuk hilangkan hanyir
2.Toskan ikan yang sudah dibersihkan dan susun dalam pengukus.
3.Tanurkan garam kasar mengikut kuantiti ikan dan ikut kesesuaian mahukan ikan itu masin atau kurang masin
4.Letak asam keping dalam 2 atau 3 keping dan kukus dengan api pelahan
5.Api tidak boleh besar kerana ikan akan pecah dan tidak cantik
6.Apabila isi ikan masak, tutup api dan keluarkan letak dalam talam
7.Jemurkan sebentar di panas matahari dalam 10 minit untuk keringkan ikan daripada air kukusan.
8.Siap dan boleh packing untuk dibekukan atau siap untuk dmasak
9.Ikan tak perlu diletakkan di tmpat beku kerana tahan dalam 3 hingga 4 minggu. Kalau mahu tahan lebih lama, boleh keraskan di tempat beku.

Sumber : Normawati Sahat

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x