in ,

Ikut Resepi Kuih Talam Berlauk Ini Untuk Dapat Hasil Sebanyak 80 Biji. Cukup Kenyang Untuk Satu Keluarga. Resepi #Ramadan

Kalau anda pergi ke Bazaar Ramadan, Kuih Talam atau Cara Berlauk ini antara hidangan yang termasuk dalam WAJIB ada. Pasti kita jadikan hidangan ini sebagai hidangan sampingan seperti pencuci mulut buat juadah berbuka puasa. 

Untuk Ramadan ini, apa kata anda belajar sendiri buat di rumah. Inti nya boleh ditambah lebih banyak apabila kita sendiri yang buat. Bukan itu sahaja, boleh la kita beramal dengan sedekah kan sedikit pada jiran tetangga untuk juadah berbuka mereka. Jom!

Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Kuih Talam/ Cara Berlauk  ini 🙂

Bahan untuk Bancuhan tepung:

4 cawan tepung gandum

2 cawan santan

3 1/2 cawan air

2 biji telur

2 sudu besar minyak masak 

Garam

Pewarna kuning

*Kisar kesemua bahan dan ketepikan.

Bahan untuk Inti:

400 gram daging kisar

2 sudu besar rempah kari daging

1 sudu kecil serbuk lada hitam

2 labu bawang besar (cincang halus)

8 ulas bawang putih (cincang halus)

Garam

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang. Bila sudah agak garing, masukkan rempah kari dan serbuk lada hitam.
  2. Masukkan daging dan air. Kacau perlahan. Biarkan daging betul-betul masak dan kering. 
  3. Panaskan air kukusan. Sementara itu, sudukan bancuhan tepung  ke dalam acuan lompang. 1/2 bahagian shaja. Masukkan sedikit inti. Apabila air kukusan sudah mendidih, bolehlah kuih talam dikukus selama 10 minit.

*Kalau anda mengguna guna loyang, kukus selama 50 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0