fbpx

Ikut Resepi Sup Cendawan / Mushroom Sup Ini Kalau Anda Nak Rasa Sup Yang Paling Sedap. Gerenti Puas!

iCookAsia

Sup Cendawan atau Mushroom Sup ini kebiasaanya dihidang di Restoran yang menyediakan makanan Western. Dan hidangan Sup Cendawan ini memang paling sedap digandingkan bersama Garlic Bread. Tapi nak makan begitu sahaja pun boleh. Jangan risau hidangan rasa kosong, sebab disini Admin nak kongsikan resepi Mushroom Sup yang memang confirm sedap. 

Kalau makan waktu hujan-hujan dan sejuk, mesti rasa nyaman sahaja kan. Jom cuba!

Terima kasih Fitri Norshakila Muhamad untuk perkongsian resipi Mushroom Sup ini 🙂

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar

1 labu bawang putih

3 batang celery

1 paket cendawan shitake

1 paket apa-apa jenis cendawan yang nak dimasukkan

1 tin susu sejat

2 sudu italian herbs

Garam dan gula secukup rasa 

Cara membuat:

  1. Tumis bawang putih dan besar.
  2. Masukkan semua cendawan, celery yang dah dipotong kecik-kecik. Asingkan 5 biji cendawan shitake dan potong dadu untuk dimasukkan kemudian. Jangan blend sekali yang didadu tu.
  3. Masukkan air sehingga paras semua bahan tenggelam eh.
  4. Dah layu cendawan, celery semua tu. Sejukkan.
  5. Blend bahan-bahan tumis tadi dan selepas itu, masuk dalam periuk dan masak lagi.
  6. Masukkan 1 tin susu sejat dan cheese. 
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

*Sesuai dimakan di majlis keramaian, waktu sarapan dan dinner.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fitri Norshakila Muhamad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x