fbpx

Ikut Resepi & Tips Untuk Buat Popia Carbonara, Inti Meleleh Banyak. Buat Jualan Ni Confirm LAKU!

iCookAsia

Pernah suatu ketika dahulu, hidangan Popia Carbonara ini mendapat sambutan dan perhatian ramai. Ye lah, sebelum ni tidak pernah terfikir nak jadikan Popia untuk sos Carbonara ni. 

Tapi, ada ke yang belum cuba hidangan ni? Resepi perkongsian hari ni sesuai buat anda yang pertama kali nak cuba hidangan Popia Carbonara ini atau buat anda yang nak tercari-cari resepi yang Perfect untuk dibuat jualan. Kalau jual ni, confirm LAKU tau!

Terima kasih Almie Amira untuk perkongsian resipi Popia Carbonara ini 🙂

 

Bahan-bahan:

2 biji bawang Holland

8 cili api hijau 

12 ulas bawang putih

1 peket sosej (dihiris serong)

1 peket Ayam cincang 

1 Kiub pati ayam

2 tin sos carbonara Prego (tin biru cair)

1 tin sos cheesy Prego (tin kuning)

Susu full cream 1/2 kotak kecil (100ml) – optional

Sedikit butter untuk menumis

Serbuk lada hitam secukupnya

2 sudu kecil Mixed herbs

Sedikit bancuhan tepung jagung (untuk pekatkan inti)

Kulit popia (jenama KG pakai yang 40 pcs punya)

*inti ni boleh dapat banyak popia. Ikut berapa banyak inti anda letak, anggaran 2 – 3 peket kulit popia

Garam secukupnya

Sedikit tepung yang dicampur dengan air (untuk gam kulit popia)

Cara membuat:

  1. Kisar bawang, bawang putih, cili api (kisar guna air, agak-agak sahaja tapi jangan banyak sangat).
  2. Goreng sosej dengan sedikit minyak sehingga agak garing dan ketepikan (ini menambahkan tekstur dalam popia).
  3. Masakkan ayam cincang dengan sedikit minyak dan ketepikan (proses ni cepatkan kita buat inti; air dan minyak lebihan proses ni nanti akan masukkan dalam inti)
  4. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar tadi.  
  5. Masukkan mixed herbs dan lada hitam sedikit.
  6. Bila bahan tumis sudah agak kering dan bau wangi semerbak, masukkan isi ayam. Masukkan dengan semua air dan lebihan minyak. Jangan dibuang. 
  7. Masukkan kiub ayam. Gaul sebati. 
  8. Masukkan ke semua sos Prego dan gaulkan sehingga rata.
  9. Masukkan susu full cream. 
  10. Setelah mendidih. Masukkan sosej yang digoreng tadi.
  11. Masukkan sedikit air yang telah dicampur dengan tepung jagung. Ini untuk pastikan inti kita agak pekat. Kalau tak nanti bila digoreng, ia akan meleleh keluar.
  12. Kemudian, sejukkan inti. Boleh masukkan ke dalam peti sekejap (inti akan pekat dan mudahkan proses nak menggulung). 
  13. Isi inti ke atas kulit popia. Boleh tambahkan shredded cheddar cheese sejemput / cheese slices (cheese slices 1 keping – dipotong 5) dan gulungkan seperti biasa.
  14. Selepas itu, letakkan bancuhan air tepung gandum dihujungnya sebagai gam supaya inti tak meleleh semasa digoreng.
  15. Setelah selesai boleh masukkan sekejap dalam peti dan sedia untuk digoreng.

TIPS:

  1. Gunakan juga sos cheesy Prego (tin kuning) wajib cuba sebab inti jadi lagi sedap.
  2. Kulit popia guna jenama KG. 
  3. Pakai yang 40pcs sebab besar dan gulungan akan jadi kemas dan inti takkan meleleh.
  4. Guna gam (air tambah tepung gandum) untuk tutup gulungan.
  5. Goreng dalam minyak yang memang panas, tapi api perlahan ya.  
  6. Inti kalau buat banyak atau terlebih boleh simpan dalam freezer. Tahan lama tak ada masalah. Nanti tinggal beli kulit popia dan gulung sahaja. Senang dan mudah. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Almie Amira (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x