in , ,

Ikut Step-By-Step Resepi Doh Roti Serbaguna Ini, Confirm Hasilnya Gebu Dan Cantik!

Ada yang teringin untuk buat Roti sendiri di rumah? Bila buat Roti di rumah ini sebenarnya lebih mudah, jimat dan sihat. Sebab kita sendiri boleh tahu apa bahan yang digunakan dan makan pun segar-segar. 

Jom Admin kongsikan satu perkongsian resepi daripada seorang pengguna Facebook ini dimana resepi doh yang dikongsikan ini boleh guna pelbagai hidangan. Antaranya, Burger Malaysia, Roti Tawar, Burger Roti, Donut dan pelbagai lagi. Hasilnya confirm gebu dan cantik. Anda hanya perlu banyakkan practice sahaja kalau tak jadi. Jom belajar buat!

Terima kasih Suhasnida Ismail untuk perkongsian resipi Doh Roti Serbaguna ini 🙂

Bahan-bahan:

700gm tepung high protein/tepung roti

300gm tepung gandum

100gm gula pasir halus

10gm garam halus

2biji kuning telur

30gm serbuk tepung susu full cream

4gm bakerine plus (bread improver)

550ml air sejuk +-

100gm shortening

Bancuhan Yis:

15gm yis 

20gm gula

50ml air suam

(bagi berbuih)

Cara membuat:

  1. Bancuh dahulu yis bagi berbuih, nak campur terus dalam tepung tanpa bancuh pun tak mengapa. Boleh bancuh dahulu untuk lebih cepat kembang. 
  2. Campur bahan kering, telur kecuali garam dan shortening. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai jadi doh. Kalau nak buat 900 tepung high protein dan 100gm tepung gandum pun boleh. Lagi lembut halus mulus.
  3. Kemudian masukkan garam dan shortening. Ulli sampai berkilat, licin dan tak lekat di mangkuk.
  4. Rehatkan 5 minit dan bentukkan. Nak buat roti burger boleh timbang doh 80gm. Nak buat pau malaysia, timbang doh 30gm atau 40gm. Kalau nak buat roti manis, tambah gula kepada 180gm atau 200gm. Terpulang pada citarasa anda.
  5. Rehatkan doh bagi kembang dan kemudian sembur dengan susu full cream untuk buat roti. Baru permukaan dia cantik. Tetapi, apa apa pun doh tu uli biar berkilat dan licin. Step rounding pula kena kemas dan licin. Jangan bagi terbuka bila buat bulat bulat tu ya.
  6. Panaskan oven, kemudian bakar bila dah cukup kembang. Donat pula bolehlah goreng bila minyak dah panas.

Tips:

  1. Donat ni jangan over proofing, nanti melekat dekat tangan bila angkat nak goreng. Jadi serap minyak, tak best nak makan. 
  2. Doh jangan terlembek, pun serap minyak juga. Anda cuba la buat, lama lama menjadi la tu.
  3. Buat donat beliau lebih suka pakai shortening. Tapi kalau nak guna marjerin pun boleh
  4. Kalau buat roti, beliau lebih gemar untuk guna kuning telur, serat roti lebih halus lembut gebu. Cuma pastikan jangan overproof dan kalau nak guna seluruh telur pun boleh dan menjadi. 

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.