fbpx

Ini Dia Resepi Untuk Jualan, Donut Frozen. Buat Jualan Atau Stok Di Rumah, Memang Best!

iCookAsia

Semenjak musim PKP ini, ramai yang mencuba untuk melakukan business untuk menjana pendapat sampingan. Tambahan pula, bila duduk di rumah sepenuh masa ini, sudah semesti ada masa yang terluang dan tak tahu nak buat apa kan?

Jom bersama Admin untuk mencuba resepi daripada seorang pengguna Facebook ini dengan membuat Donut Frozen. Bila buat makanan secara frozen ini memang sangat memudahkan proses memasak kita. Buat siap-siap dalam kuantiti yang banyak dan gunakan apabila perlu. Suri rumah patut cuba, atau kalau lebih rajin boleh buat jualan. 

Terima kasih Zuraidah Burham untuk perkongsian resipi Donut Frozen ini 🙂

Bahan A

2 cawan air suam-suam kuku (lebihkan sikit pun tak mengapa)

4 sudu besar gula

4 sudu besar susu 

1 1/2 paket mauripan

**satukan bahan diatas dalam 10 minit, sementara itu buat adunan tepung.

Bahan B

1 kg tepung gandum

2 sudu kecil baking powder

2 sudu kecil garam

4 sudu besar marjerin

Cara membuat:

  1. Satukan bahan B (ramas) sampai jadi seperti serbuk roti.
  2. Campurkan bahan A ke dalam bahan B dan mula untuk menguli. Uli sampai  adunan tidak lekat pada tangan, kalau adunan  lembik boleh tambah tepung sikit demi sedikit. 
  3. Perap selama 1 jam.
  4. Selepas 1 jam, tumbuk-tumbuk adunan untuk keluarkan angin.
  5. Selepas itu, boleh la terap guna acuan donut.
  6. Goreng dengan api sederhana, pastikan minyak betul-betul panas untuk elak serap minyak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zuraidah Burham (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x